TINGKATKAN HASIL TANAMAN ANDA DENGAN BAJA ORGANIK BOKASHI BOA BOK YANG BUKAN SEKADAR BAJA BIASA

TINGKATKAN HASIL TANAMAN ANDA DENGAN BAJA ORGANIK BOKASHI BOA BOK YANG BUKAN SEKADAR BAJA BIASA

 

KHAS UNTUK PARA PENEROKA DAN PEKEBUN 

 

YANG INGIN MENINGKATKAN HASIL TANAMAN BERLIPAT KALI GANDA 

 

TANPA PERLU BERBELANJA LEBIH

 

 

 

 

APA ITU BOKASHI?

 

Bokashi adalah dalam bahasa Jepun bermaksud bahan organik yang ditapai dengan menggunakan sekumpulan bakteria aktif yang dipanggil EM (Effective Micro Organism). 

 

Manakala Baja Organik Bokashi BOA & BOK pula adalah baja organik yang diproses dan dikeluarkan oleh syarikat bumiputera KSAB di Selangor.

 

Baja Organik BOKASHI BOK๐Ÿ dan BOKASHI BOA๐Ÿ“ telah diperkenalkan oleh KSAB sejak Tahun 2009 lagi, sewaktu rakyat Malaysia kebanyakannya belum kenal apa itu BOKASHI?  

 

Baja Organik Bokashi BOA & BOK KSAB adalah yang terawal mendapat kepakaran dan bimbingan terus dari Jabatan Pertanian Malaysia dan pakar dari luar.

 

 

PROSES PENGHASILAN BAJA BOKASHI BOA BOK

 

Proses menghasilkan baja bokashi ini bermula dari mencampurkan bahan-bahan terbuang dari haiwan dan tumbuhan yang diadun dengan rapi dan disiram dgn Mikrob Tempatan Berfaedah, BIM, digaul dan akhirnya diperam selama 10-14 hari, bagi membiak mikrob baik dan menyingkirkan mikrob jahat yg boleh memudaratkan tumbuhan.  Jadi bau busuk dari tinja haiwan juga telah dapat dihilangkan.

 

Sebab itu Baja Bokashi hanya ada mikrob-mikrob baik bersama nutrien lain yg diperlukan oleh tanaman sahaja terdapat didalamnya. Jadi pengunaan tinja mentah dari reban atau kandang tanpa dibokashikan, perlu dielakkan sama sekali kerana  ia mengandungi mikrob yang tidak baik serta menggalakkan kehadiran makhluk perosak yang lain.

 

 

Baja Bokashi sangat sesuai kepada pelbagai jenis tanaman terutamanya SAWIT, GETAH, DURIAN, pelbagai pokok buahan terpilih seperti DURIAN BELANDA, MANGGA, TEBU, KELAPA, SAYURAN, POKOK BERBUNGA, pokok hiasan taman dan lain-lain.

 

 

TESTIMONI

Selepas 12 tahun, semakin ramai yg telah mengetahui peranan BAJA BOKASHI ini dan semakin ramai yang mendapat manfaatnya serta ingin berkongsi kebaikannya.

 

Kita dengar apa kata Tuan Rahmat Thabit seorang Peneroka dari Johor. Temu ramah dengan TV3 pada tahun 2011.

 

โ€œBulan satu 2 tan lebih, bulan dua pun 2 tan lebih, bulan tiga dapatlah 3 tan lebih. TAPI! bulan empat dapat hampir 10 tan, 9 tan lebihโ€. Kata Tuan Rahmat Peneroka Sawit Kota Tinggi, Johor.

https://www.facebook.com/watch/?v=2674503636183571

 

 

PRODUKS BOKASHI KSAB 

 

BOK ๐Ÿ= Untuk pokok berbuah dan pokok nilainya pada kulit, contoh pokok getah, geharu dll.

 

BOA ๐Ÿ“= Untuk pokok berbunga dan berdaun

 

Terdapat dalam 3 saiz (bag)

20, 10 dan 1 kg untuk setiap produk BOA dan BOK

 

 

CARA PENGGUNAAN

 

Baja bokashi ini dihasilkan dalam bentuk serbuk. Jadi penggunaannya amat mudah. Hanya perlu ditaburkan disekeliling pokok pada jarak 2 - 3 kaki dari pangkal pokok. Hendaklah dipastikan ia bersentuhan dengan permukaan tanah agar mikrob boleh cepat meresap dan bertindak cepat.

 

Kuantiti yang diperlukan

Pokok usia 3 - 8 tahun 1 kg/pokok

Pokok usia  lebih 8 tahun 2 kg/pokok

 

Contoh Sawit

Keluasan kebun 4 ekar X 60 = 240 pokok X 2 kg/pokok (usia lebih 8 tahun) = 480 kg/20 = 24 beg 20kg (BOA20/BOK20)

 

Boleh pilih nak yg  mana BOA๐Ÿ“atau BOK๐Ÿ.

 

Adalah dicadangkan mengunakan BOA untuk pokok yang baru ditanam hingga umur 3 tahun dan BOK๐Ÿ untuk pokok yang berumur 8 tahun dan keatas.

 

 

HARGA BAJA BOKASHI

BAGI TAHUN 2020/21

(HARGA PENGGUNA) 

 

BOKASHI KAMBING, BOK

BOK20   RM43

BOK10   RM22

BOK1     RM7

 

BOKASHI AYAM, BOA

BOA20   RM40

BOA10   RM21

BOA1     RM6

 

*Harga diatas tidak termasuk kos penghantaran yang bergantung pada lokasi

 

** Harga di stor ejen adalah lebih sedikit disebabkan telah dimasukkan kos penghantaran dari kilang ke stor.

 

๐Ÿ”ป๐Ÿ”บ๐Ÿ”ป

Nombor pada Kod Produk mewakili Jisim *Kg/Beg atau Paket 1 kg.*

 

 

 

BAJA ORGANIK BOKASHI BOA BOK KSAB

 

Latar Belakang dan Sejarah

Perusahaan pengeluaran baja organik BOKASHI keluaran Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad [KSAB] telah bermula sejak 2009 dengan keluasan permulaan saiz lantai 3,510 kaki persegi. 

 

Bagi menampung peningkatan permintaan, kilang ini telah dibesarkan sebanyak 7 kali ganda kepada 26,000 kaki persegi secara berperingkat-peringkat.

 

Pengeluaran awal adalah sebanyak 26MT sebulan dan kini telah meningkat lebih dari 300MT sebulan. 

 

Kini dari sebuah perniagaan milik tunggal kepada koperasi bermula dari tahun 1/7/2017. Ia telah ditadbir urus oleh koperasi yang diberi nama Koperasi Keluarga Syed Ariffin Berhad yang dikenali dengan singkatan KSAB. 

 

Ianya kini terus berkembang maju dengan permintaan yang sangat tinggi disebabkan produknya yang sangat berkualiti dengan harga yang murah. Ramai agen/stokis telah dilantik disetiap daerah diseluruh negara.

 

KENAPA BOKASHI BOA BOK ADALAH BAJA ORGANIK TERBAIK 

 

Baja Organik Bokashi KSAB  telah melalui proses pengkomposan yang sangat teliti bagi menjamin kualiti melalui kaedah yang dipelajari dari Jabatan Pertanian Malaysia sejak dari tahun 2008. Ia telah dibuktikan dapat memperbaiki sifat fizikal tanah, unsur kimia dan kandungan hidupan dan biologi tanah dan seterusnya menyuburkannya. 

 

Baja Organik Bokashi samada Bokashi ayam atau kambing telah berjaya meningkatkan kandungan bahan organik pada tanah yang keras seperti tanah podzolik dan juga sistem pengudaraan (aeration) dalam tanah. Seterusnya ia berjaya mengurangkan isu kepadatan tanah. 

 

Penambahan bokashi arang sekam padi juga berpengaruh terhadap kekuatan cengkaman pada tanah.

 

 

 

10  Sebab Kenapa Anda MESTI Guna BAJA ORGANIK BOKASHI untuk LIPATGANDAKAN Hasil Tanaman:

 

1. 100% organik dan bebas daripada bahan kimia โœ…

 

2. Tidak mengandungi Najis Mughallazoh โœ…

 

3. Keluaran usahawan tempatan yang beragama Islam โœ…

 

4. Difermentasikan dengan teliti selama 14 hari dengan kaedah Bokashi โœ…

 

5. Tinja dinyahtoksik untuk meminimakan serangan perosak โœ…

 

6. Sangat kaya dengan pelbagai jenis Mikrob Asli Berfaedah โœ…

 

7. Telah dijalankan pelbagai ujian ke atasnya di makmal penyelidikan โœ…

 

8. Sesuai dan telah terbukti berkesan untuk semua jenis tanaman โœ…

 

9. Mengandungi 7 jenis mikro-nutrien tambahan selain NPK โœ…

 

10. Mendapat Bimbingan Dari Jabatan Pertanian Malaysia. Kualiti Terjamin โœ…

 

Menggunakan BAJA ORGANIK BOKASHI adalah kaedah yang OPTIMUM untuk ORGANIKKAN dan pada masa yang sama MAKSIMAKAN hasil tanaman anda!

 

 

KADAR PEMBAJAAN BAJA ORGANIK BOKASHI

 

TESTIMONI 

 

Pekebun Sawit

 

HASIL KAJIAN KELAPA  SAWIT  FELDA  AIR TAWAR, KOTA TINGI JOHOR

 

(Lihat Video Dibawah ini ) 

 

 

 

Pekebun Getah

HASIL KAJIAN POKOK GETAH FELDA PALONG 7, GEMAS, NEGERI SEMBILANTESTIMONI BOKASHI PADA TANAMAN GETAH. Pada Oktober, 2010 Bokashi telah digunakan dalam rancangan tanam semula getah di Felda Palong 7, Gemas, Negeri Sembilan seramai 30 peneroka berkelompok telah membokashikan pokok getahnya yang baru berusia 3 tahun manakala peneroka lain tidak membokashikan tanah mereka jadi kami berpeluang membuat perbandingan antara pokok yang dibokashikan dengan tidak.1.2 Purata seorang peneroka memiliki 10 ekar atau 1800 pokok untuk keluasan tersebut.Tn Haji Md. Nor, https://bokashi2u.com/about/testi/page/2/

 

 

Pekebun Buah 

 

 

 

 

 

Baja Organik Bokashi Kami Telah Terbukti Berkesan Melipat Gandakan Hasil Pekebun dan Peladang Diseluruh Negara. 

 

 

HARGA 

 

BOKASHI AYAM

 

BOKASHI AYAM (BOA-20) 20KG /BAG  RM40

7

BOKASHI AYAM (BOA-10) 10KG/BAG RM21

 

 

BOKASHI AYAM (BOA-1) 1KG/BAG RM6

 

 

BOKASHI KAMBING

 

BOKASHI KAMBING (BOK-20) 20KG/BAG RM43

 

BOKASHI KAMBING (BOK-10) 10KG/BAG RM22

 

 

 

BOKASHI KAMBING (BOK-1) 1KG/BAG RM7

 

 

NOTA: Semua harga dipamirkan tidak termasuk kos penghantaran yang bergantung kepada  jarak lokasi.

 

Jika berminat untuk membuat tempahan sila hubungi.

 

Hj. Zoolkifly Ahmad (Stokis Baja Organik Bokashi Zone Utara  dan Pantai Timur)

 

HP: 019-9828862 atau Wasap https://bajabokashi.wasap.my

 

Info lanjut boleh didapati di facebook:

Stokis Timur

https://www.facebook.com/BajaOrganikBokashii/

 

Stokis Utara

https://www.facebook.com/BajaOrganikBokashi/

 

Website:

https://bokashi2u.com/

 

TEORI

 

BOKASHI adalah perkataan dalam bahasa Jepun bermaksud bahan organik yang ditapai dengan mnenggunakan sekumpulan bakteria aktif dalam bokashi yang di panggil EM (Effective microorganism).

 

EM sebenarnya mengandungi beberapa jenis mikrob yang boleh dikelaskan kepada 4 kategori. Mikrob tersebut ialah dari kumpulan Bakteria Fotosintetik, Bakteria Asid Laktik, Actinomycetes dan Yis.

 

Bakteria fotosintetik adalah bakteria yang memerlukan cahaya matahari untuk membuat makanannya.

 

Kumpulan ini bertanggung jawab menghasilkan asid amino, asid neukleik, mengikat nitrogen dari udara dan menukarkan gas-gas beracun seperti gas ammonia dan gas hidrogen sulfida kepada unsur nitrogen yang dapat digunakan oleh banyak tumbuhan.

 

Bakteria Asid Laktik berfungsi untuk membantu dan  mempercepatkan penguraian dan proses penapaian bahan organik. Penghasilan asid laktik oleh bakteria ini membantu mempercepatkan penguraian lignin dan selulosa yang mana ia merupakan struktur kompleks karbohidrat.

 

Actinomycetes merupakan mikroorganisma yang suka tolong menolong. Ia selalunya akan wujud bersama bakteria fotosintetik. Seperti jiran-jiran yang baik, actinomycetes akan menggunakan asid amino yang dihasilkan oleh bakteria fotosintetik tadi untuk menghasilkan satu bahan antikuman.

 

Yis menghasilkan substract atau  bahan makanan untuk bakteria asid laktik dan juga actinomycetes, hormon, enzim dan bahan antibiotik.

 

'Bokashi' adalah sebuah kaedah membuat baja kompos atau proses dinamakan pengkomposan yang dapat menggunakan starter aerobik ataupun anaerobik untuk mengkomposkan bahan organik. Biasanya ia berupa campuran daripada molasses {gula tebu), air, starter mikroorganisme dan sekam padi.

 

BAJA ORGANIK BOKASHI BOA BOK KSAB BUKAN SEKADAR BAJA BIASA!!!